fbpx
AHMAD Zahid (tiga dari kanan) menyampaikan anugerah pada Konvensyen Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dan Belia Luar Bandar KEDA di Alor Setar, hari ini.

Sudah tiba masa rakyat Kedah pilih kepimpinan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa rakyat Kedah kini semakin bersedia untuk melakukan perubahan kepimpinan negeri demi masa depan yang lebih stabil dan sejahtera.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, selepas melalui dua tahun yang penuh dengan cabaran dan ketidaktentuan di negeri ini, sudah tiba masanya rakyat Kedah kembali memilih kepimpinan yang benar-benar mampu menjaga kebajikan serta masa depan mereka.

“Apa yang dilihat oleh rakyat Kedah selama dua tahun ini? Saya berdoa dan berharap ia akan berubah. Bukan mudah untuk melakukan perubahan secara drastik tetapi tidak mustahil untuk kita berubah.

“Insya-Allah Kedah akan kembali berada di dalam kepimpinan yang lebih baik dan boleh jaga rakyat sebenarnya. Faham? Tidak faham pun tidak apa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Dan Belia Luar Bandar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menzahirkan harapannya agar rakyat terus berusaha dan beriltizam untuk memperjuangkan perubahan secara konsisten dan menyeluruh.

“Kalau kita berhasrat untuk mengadakan perubahan… melakukan perubahan dan terus berusaha untuk melakukan perubahan, perubahan itu akan datang kepada kita dalam waktu yang terdekat,” ucapnya.

Menurut beliau, peranan rakyat negeri ini penting dalam memastikan perubahan yang mereka inginkan itu berlaku pada masa hadapan dan membuat pilihan bijak.

“Saya yakin yang berada di dewan ini mendengar ucapan saya dan ia secara langsung di seluruh Kedah ini akan memahami hasrat ini dan Insya-Allah, “ katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI