fbpx
ARSENAL akan meneruskan kempen pramusim menentang Newcastle United di Stadium Nasional Singapura malam esok. - ARSENAL FC

Semangat Arsenal makin membara – Nwaneri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Arsenal berada dalam keadaan sudah bersedia untuk memberikan cabaran kepada mana-mana pasukan menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula bulan depan.

Keyakinan itu disuarakan pemain sayap, Ethan Nwaneri selepas membantu The Gunners mencatat kemenangan 1-0 ke atas gergasi Serie A, AC Milan pada aksi pramusim di Stadium Nasional Singapura, Rabu lalu.

Nwaneri berkata, Arsenal memulakan aksi pramusim dengan langkah kanan dan ia mampu menjadi suntikan semangat buat mereka bagi menghasilkan prestasi lebih baik sebelum saingan liga membuka tirai bulan depan.

“Bagi saya, kami bermula dengan sangat baik pada aksi pramusim kali ini tetapi tidak boleh terlalu yakin. Masih banyak yang perlu diperbaiki, jadi semua pemain mesti terus bekerja keras dalam latihan.

“Perlawanan menentang Milan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi inilah yang perlu diharungi bagi memastikan kami kembali cergas. Saya fikir kami bermain dengan baik dan semua pemain sangat gembira,” katanya.

Sementara itu, dia juga memuji aksi ditampilkan pemain-pemain baharu The Gunners seperti Martin Zubimendi, Kepa Arrizabalaga dan Christian Norgaard yang diberikan peluang beraksi menentang Milan.

“Pemain-pemain baharu bermain cukup baik dan kehadiran mereka berjaya memperkasakan pasukan. Masih ada yang akan datang dan kami tidak sabar untuk menunggu kehadiran mereka,” ujar Nwaneri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI