fbpx
Anak patung Labubu. - Getty Images

Pop Mart saman 7-Eleven, dakwa jual Labubu tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pop Mart International Group (Pop Mart) menyaman beberapa kedai serbaneka 7-Eleven di Amerika Syarikat kerana didakwa menjual anak patung Labubu tiruan, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Plaintif memfailkan tuntutan terhadap tujuh pemilik atau pemegang francais 7-Eleven atas kesalahan menjual Labubu tiruan. 

Saman tersebut difailkan selepas satu klip video tular menunjukkan anak patung tiruan yang dilabel sebagai ‘Lafufu’, dipamerkan di dalam premis berkenaan. 

Produk tiruan itu berharga AS$25 (RM106) setiap satu, hampir sama dengan Labubu asli. 

Walaupun mereka diberi hak dan memiliki keupayaan untuk mengawal francais, 7-Eleven gagal mencegah dan menghentikan pemalsuan serta melanggar hak cipta Pop Mart,” demikian saman tersebut. 

Populariti anak patung itu cukup hebat sehingga hampir mencetuskan rusuhan di kedai, terutamanya dalam kalangan peminat yang sanggup beratur berjam-jam demi mendapatkan model terbaru. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI