fbpx
MAMARDASHVILI melakukan kesilapan mudah menyebabkan Liverpool bolos gol keempat ketika tewas 2-4 kepada Milan di Hong Kong sebentar tadi. - AFP

Penjaga gol kedua Liverpool buat ‘lawak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Penjaga gol kedua Liverpool, Giorgi Mamardashvili mengalami ‘mimpi ngeri’ yang harus dilupakan segera apabila melakukan kesilapan tidak sepatutnya menyebabkan pasukannya bolos gol keempat kepada AC Milan sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, Mamardashvili, 24, turut melepaskan tiga gol sejak masuk menggantikan Alisson Becker pada minit ke-46 yang menyaksikan Liverpool tewas 2-4 kepada Milan dalam aksi pramusim di Stadium Kai Tak Sports Park itu.

Kesilapan penjaga gol Georgia itu menjadi bualan di media sosial dengan rata-rata peminat merasakan masa depan Liverpool tidak selamat sekiranya terpaksa bergantung harap kepadanya seandainya Alisson mengalami kecederaan.

Ada juga menyamakannya dengan bekas penjaga gol Liverpool, Loris Karius yang sering melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga merisikokan pasukan.

Ia berpunca daripada kegagalan Mamardashvili membaca hantaran ke belakang daripada Kostas Tsimikas yang menyebabkan pemain sayap Milan, Noah Okafor mengambil kesempatan itu dengan menolak masuk bola ke gawang kosong.

Dalam aksi itu, Rafael Leao membuka tirai jaringan dengan rembatan deras kaki kiri menewaskan Alisson pada minit ke-10 sebelum Dominik Szoboszlai mengikat kedudukan menerusi percubaan lencong menarik selepas itu.

Bersambung babak kedua, pengurus Liverpool, Arne Slot membuat pertukaran besar-besaran termasuk membawa masuk Mamardashvili.

Malangnya, bekas penjaga gol Valencia itu melepaskan gol kedua Milan hasil rembatan leret Ruben Loftus-Cheek pada minit ke-52 dan dua jaringan Okafor (m-56, m90+4).

Satu lagi gol Liverpool dalam aksi persahabatan itu diperoleh menerusi tandukan Cody Gakpo pada minit ke-90+3.

Selepas ini, Liverpool selaku juara bertahan Liga Perdana Inggeris akan meneruskan kempen pramusim di Jepun dengan menentang Yokohama F. Marinos di Stadium Nissan, Yokohama pada Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

CAPTION

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN