fbpx
SCHA Elinea akan ambil pendekatan profesional jika digandingkan dengan regu lakonan yang mempunyai bau badan. Katanya, tidak sopan jika berterus-terang.

‘Pelakon lain badan berbau bukan masalah utama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Scha Elinnea akui dia juga pernah berdepan situasi berlakon dengan pelakon badan berbau di set penggambaran.

Namun kata Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, dia tetap bersikap profesional dan teruskan penggambaran.

“Isu badan berbau adalah perkara biasa. Memang perkara sebegini wujud di set penggambaran. Kadang-kadang kita berlakon di tempat terbuka di bawah panas terik.

“Tetapi nak buat macam mana, takkan kita nak pergi tegur pelakon tu cakap badan dia berbau. Tidak sopan. Tidak semua orang boleh terima teguran. Nanti dia sakit hati dengan kita pula.

“Macam saya, jika pelakon gandingan saya berbau, saya teruskan sahaja dan jadi profesional. Cuma bila tak ada babak bersama, saya buat hal sendiri,” katanya ketika ditemui di Malaysia Bridal Fashion Week 2025, di sini, semalam.

Tambah pelakon Anak Anak Mafia itu lagi, dia tidak akan membiarkan masalah bau badan pelakon menganggu konsentrasinya di set penggambaran.

“Saya ada banyak lagi perkara nak fikir. Takkan saya nak jadikan masalah bau badan pelakon lain sebagai masalah utama. Yang penting masing-masing ‘deliver’. Nak buat macam mana, tiada manusia yang sempurna,” jelasnya.

Pun begitu kata Scha, kebersihan diri perlu dititikberatkan oleh setiap manusia agar tidak menganggu persekitaran dan membuat orang lain tidak selesa.

“Macam saya setiap kali salin pakaian, saya akan pastikan saya sembur minyak wangi dari atas sampai bawah,” kongsinya.

Terdahulu baru-baru ini seorang pelakon baharu mendedahkan dia terpaksa menahan nafas apabila bergandingan dengan pelakon yang memiliki badan berbau di set penggambaran. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN