fbpx
Suspek ketika dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Pegawai penguat kuasa KLIA ditahan bersama wang RM8,000 dalam poket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pegawai penguat kuasa bertugas di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ‘counter setting’.

Perintah reman selama lima hari sehingga 29 Julai depan terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di tempat suspek bertugas.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima wang rasuah ketika sedang bertugas dan perbuatannya dikesan melalui pemantauan televisyen litar tertutup (CCTV).

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menjumpai wang berjumlah kira-kira RM8,000 di dalam poket seluar suspek dan disyaki wang rasuah tersebut adalah hasil daripada kegiatan counter setting,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Khairul Izwan Karim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI