fbpx
Antara yang hadir pada Himpunan Turun Anwar di Kuala Lumpur hari ini.

[VIDEO] Laungan takbir bergema di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laungan takbir bergema di pekarangan Masjid Negara selepas solat zuhur hari ini ketika ratusan peserta mula berhimpun dalam Himpunan Turun Anwar.

Sebelum itu, peserta mendengar beberapa ceramah yang disampaikan sebagai sebahagian daripada agenda perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung sepanjang hari.

Bagi memastikan keselamatan orang awam dan kelancaran perjalanan himpunan, pihak polis dijangka menugaskan kira-kira 2,000 anggota bagi mengawal situasi dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurut penganjur, himpunan ini mendapat kebenaran pihak berkuasa dan dianjurkan atas semangat meraikan proses demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Pergerakan peserta ke Dataran Merdeka dijangka bermula sekitar pukul 2.30 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI