fbpx
Gambar hiasan.

Kes pecah rumah libatkan keluarga Tun Dr. Mahathir disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat satu kes pecah rumah melibatkan kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, kejadian berlaku di kediaman anak sulung Dr. Mahathir, Mirzan, yang ketika itu didiami oleh cucunya.

“Rumah itu milik Mirzan dan ketika kejadian, cucu kepada Tun sedang mendiaminya. Mangsa tidak berada di rumah semasa kejadian. Hanya penjaga serta seorang pembantu rumah yang berada di premis,” katanya pada sidang akhbar selepas Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis menemui kesan pecah masuk di kediaman tersebut dan anggaran kerugian yang dialami mencecah RM1.8 juta, membabitkan barang kemas lama serta beberapa barangan peribadi berharga.

“Kami dapati terdapat kesan pecah pada rumah tersebut. Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk barang kemas lama yang bernilai tinggi dan dipercayai milik peribadi.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami masih mencari petunjuk berkaitan identiti suspek. Kami juga belum dapat memastikan waktu sebenar kejadian.

“Namun, siasatan diteruskan secara menyeluruh dan kami akan maklumkan kepada media sekiranya terdapat perkembangan baharu,” ujarnya.

Beliau turut memberi jaminan kes tersebut diberi keutamaan memandangkan ia melibatkan individu kenamaan, namun menegaskan bahawa siasatan tetap dijalankan secara profesional dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan sebuah kediaman milik cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, Damansara di pecah masuk.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang dan disedari oleh pembantu rumah yang kemudian menghubungi mangsa memberitahu pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI