fbpx
Pentas yang akan digunakan oleh pemimpin pembangkang untuk berucap petang nanti.

[VIDEO] Himpunan Turun Anwar: Ada pihak cuba cetus provokasi, pentas utama terpaksa dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penganjur Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka kecewa apabila pihak berkuasa telah mengarahkan pentas utama untuk acara petang ini dibuka semula dan tidak dibenarkan digunakan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jelasnya, dia kecewa kerana arahan tersebut datang secara tiba-tiba sedangkan semalam pihak berkuasa membenarkan pentas tersebut di pasang.

“Pukul 10 pagi, DBKL suruh buka pentas. Polis kata hanya boleh bawa masuk dua buah pacuan empat roda sahaja.

“Pukul 3.30 pagi tadi, polis kata boleh bawa masuk dua buah pacuan empat roda, boleh pasang pentas, boleh letak kerusi, boleh pasang backdrop,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi, pihaknya kecewa apabila pentas terbabit telah siap dipasang dan telah sedia digunakan petang nanti terpaksa dibuka.

“Bila kita dah siap pasang, dia suruh bukak pula. Semalam cakap lain. Pagi ni cakap lain.

“Adakah ini satu provokasi yang dirancang?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI