fbpx
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah di Jalan Francis School, Bukit Siput, Segamat awal pagi hari ini.

Warga emas rentung, lima rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang warga emas rentung dalam kebakaran lima buah rumah di Jalan Francis School, Bukit Siput, di sini awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.36 pagi itu, mangsa yang rentung dikenalpasti sebagai Tan Ah Gek, 73.

Menurut Komander Operasi Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Aizad Mamat kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal.

“Seorang warga emas wanita berusia 73 tahun terkorban dalam kejadian itu selain lima buah kenderaan turut musnah,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, tindakan operasi membuat pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki empat pancutan air pili bomba pam jentera.

Operasi tamat kira-kira pukul 10.29 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN