fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki Mesir mencampakkan botol berisi bijiran dan tepung ke dalam laut untuk penduduk Gaza.

[VIDEO] “Ya Allah, sampaikan ini ke Gaza…”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Mesir mendapat perhatian ramai apabila mencampakkan botol plastik berisi bijirin dan tepung ke dalam laut sebagai simbolik bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang bergelut dengan krisis kemanusiaan.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di platform media sosial, lelaki itu dilihat melemparkan botol berkenaan ke laut, sambil meluahkan doa dan permohonan penuh pengharapan.

“Ya Allah, sampaikan ini dari kami kepada Gaza. Maafkan kami saudara-saudaraku. Kami tak mampu untuk lakukan apa-apa untuk kalian,” katanya dalam video berkenaan.

Lelaki itu turut menyeru orang ramai untuk melakukan perkara sama, sebagai simbol sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Botol ini mungkin menyelamatkan kamu pada hari pembalasan,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen sebak dan mendoakan agar usaha kecil itu menjadi asbab kebaikan buat penduduk Gaza.

“Ya Allah… sampaikan botol-botol berisi ini kepada saudara-mara kami di Gaza,” kata Rose Aida.

“Kebuluran sangat-sangat tak terkata di sana. Di saat kita di sini mewah dengan makanan yang kadang tak termakan habis,” komen Faqih Fiqh.

“Ya Allah, hanyutkan botol-botol itu ke tempat yang ditujukan, bantulah ya Allah,” ujar Nor Aliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI