fbpx
Tangkap layar menunjukkan pemandu e-hailing (kiri) bersama gambar lelaki warga asing yang dipercayai mabuk dan meninggalkan kesan najis pada tempat duduk kereta.

[VIDEO] Penumpang tak pakai seluar, tinggalkan najis dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berdepan detik cemas apabila seorang penumpang lelaki dipercayai warga asing telah menaiki keretanya tanpa memakai seluar selain meninggalkan kesan bau najis yang kurang menyenangkan.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh @Andifitnessjourney, dia memaklumkan bahawa pada mulanya tidak menyedari penumpang tersebut memasuki keretanya tanpa memakai seluar sehinggalah lelaki itu keluar dari kenderaan tersebut dalam keadaan tempat duduk dicemari dengan najis.

“Rupa-rupanya dia (penumpang warga asing) naik kereta selepas sudah ‘cirit-birit’ dalam seluar. Saya terus menyuruh dia dan rakannya bersihkan tempat duduk tersebut sebelum mereka beredar,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata ramai orang ramai meluahkan rasa tidak senang terhadap kejadian yang menimpa pemandu tersebut, malah ada yang mencadangkan agar dia menuntut bayaran daripada penumpang itu.

“Saya pernah terkena dengan penumpang yang mabuk dan muntah dalam kereta. Minta sahaja bayaran supaya awak boleh membersihkan tempat duduk kereta dan menghilangkan bau najis itu,” cadang @Azdiana.

“Syarikat e-hailing perlu mengemas kini terma dan syarat untuk pelanggan yang membuat tempahan, iaitu mewajibkan pemakaian seluar. Untuk abang pemandu e-hailing, banyakkan bersabar dan cari penyelesaian untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi,” komen @SKRGlobal.

“Ya Allah macam ini pun boleh berlaku. Dugaan untuk abang cari rezeki,” komen @Min. – KOSMO! ONLINE.

@andifitnessjourney Bangla, Tak pakai seluar, bau tahi, dah duduk atas seat baru ak perasan ada bau! Jenuh cuci bagi hilang bau! rupanya seluar dia buang sebab cirit dalam seluar. habis naik kereta aku tak reti lapik ke!!!! #FYP #fypage #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #anthonyloke ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI