PETALING JAYA – Seekor kucing yang sebelum ini tular kerana didakwa terkandas hampir tiga bulan di atas tiang jejambat, akhirnya berjaya dibawa turun dan selamat berada di atas tanah.
Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @Dieyaadila, kucing berkenaan dilihat ditempatkan di dalam sangkar selepas berjaya diselamatkan.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, di hari Jumaat yang penuh barakah. Akhirnya, dengan bantuan kuasa viral di TikTok, kucing yang selama ini saya bagi makan dari kejauhan… dah dapat turun ke tanah.
“Saya pun baru tahu kecil rupanya dia. Allah, bersih sangat awak sayang. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Saya dah tutup sangkar tu dengan kain seketika untuk bagi dia bertenang. Makan minum pun saya dah letak dalam tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna meluahkan rasa syukur dan terharu dengan perkembangan tersebut.
“Alhamdulillah, setelah tiga bulan dia dekat situ, akhirnya dapat diselamatkan. Terima kasih kak bagi dia makan selama ni,” kata Lea.
“Dekat akhirat nanti mesti kucing ni datang bantu akak. Besar pahala tolong walaupun haiwan… tetap makhluk Allah,” komen seorang pengguna.
“Syukur sangat-sangat… Jaga dia elok-elok, semoga membesar dengan sihat ya comel (kucing). Cantik warna bulunya,” ujar pengguna lain.
Semalam, Kosmo! melaporkan seekor kucing ‘terperangkap’ hampir tiga bulan di atas tiang jejambat meskipun pelbagai usaha dilaksanakan untuk menyelamatkan haiwan tersebut dilakukan.
Haiwan tersebut dikatakan berada di lokasi berkenaan sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada makanan yang diturunkan menggunakan tali.- KOSMO! ONLINE
@dieyaadila Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Di hari jumaat yg penuh barokah. Akhirnya dengan bantuan kuasa viral di tt.. Kucing yg selama ini sy bg mkn, dari kejauhan.. dah dapat turun ketanah. Sy pon baru tahu kecik rupanya dia. Allahu.. bersih sgt awak syg.. berat pula tu 🥰😍 Tq pada semua yg mendoakan. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas. Tq juga pada yg dm2 sy.. nak tahu update pasal meow ni. Tq yg tak terhingga pada akak @ochincathouse akhirnya dia turun jugak kak. Semoga Allah balas semua budi baik akk.. Aamiin Ya Allah. Sorry lagu tiada kena mengena yer 🙏 Sebelum org kecam sy. Sy dah tutup dengan kain sangkar tu seketika utk bg dia bertenang. Mkn minum pon sy dah letak dalam tu. TQSM SEMUA ♥️ #kucingstuck #atashighway #Kucing #tq #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – MaDaMLiZz86 – LiZz86