MUAR – Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, tiba di Mahkamah Majistret Muar hari ini.
Kedua-dua beradik itu berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
Pada 15 Julai lalu, Kosmo! melaporkan peniaga dan pemilik sebuah kedai aksesori kenderaan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz pada dilaporkan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sengaja reka cerita kehilangannya sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran.
Adiknya dipercayai bersubahat dengan memberikan keterangan tidak benar untuk kepentingan peribadi.-KOSMO! ONLINE