fbpx
[5:48 pm, 25/07/2025] Kosmo Chah Top 5: [VIDEO] Beli jus tembikai, ada protein tambahan anak lipas Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Seorang pemuda terkejut apabila air jus tembikai yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur, rupa-rupanya turut 'dimasukkan' perisa tambahan iaitu seekor anak lipas. Menerusi video dikongsikan pada TikTok @syzzl5, dia hanya menyedari kehadiran lipas tersebut di dalam jus tembikai yang dibungkus di dalam plastik, selepas dia menghabiskan minuman berkenaan. "Geramlah aku kalau lepak mamak ada lipas dalam air," katanya. Menjengah ke ruangan komen, dia memberitahu telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pekerja kedai makan dan menukarnya kepada minuman baharu. "Dah beri air percuma dan air tadi tak perlu bayar," katanya. Dalam masa sama, orang ramai turut meninggalkan pelbagai komen termasuk berbaur jenaka kepada lelaki tersebut. "Abang dah jd superhero 'lipasman' kan, tapi identiti abang kami dah tahu ni," komen seorang pengguna TikTok. "Tak payah ambil protein, ni memang ada protein dah siap-siap," kata seorang individu merujuk lipas tersebut sebagai protein. "Entah-entah lipas tu terkencing dalam air tu sebab sejuk sangat," komen individu lain. - KOSMO! ONLINE [5:48 pm, 25/07/2025] Kosmo Chah Top 5: Tangkap layar seekor lipas di dalam minuman dibeli seorang pelanggan di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

[VIDEO] Beli jus tembikai, ada protein tambahan anak lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda terkejut apabila air jus tembikai yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur, rupa-rupanya turut ‘dimasukkan’ perisa tambahan iaitu seekor anak lipas.

Menerusi video dikongsikan pada TikTok @syzzl5, dia hanya menyedari kehadiran lipas tersebut di dalam jus tembikai yang dibungkus di dalam plastik, selepas dia menghabiskan minuman berkenaan.

“Geramlah aku kalau lepak mamak ada lipas dalam air,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, dia memberitahu telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pekerja kedai makan dan menukarnya kepada minuman baharu.

“Dah beri air percuma dan air tadi tak perlu bayar,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai turut meninggalkan pelbagai komen termasuk berbaur jenaka kepada lelaki tersebut.

“Abang dah jd superhero ‘lipasman’ kan, tapi identiti abang kami dah tahu ni,” komen seorang pengguna TikTok.

“Tak payah ambil protein, ni memang ada protein dah siap-siap,” kata seorang individu merujuk lipas tersebut sebagai protein.

“Entah-entah lipas tu terkencing dalam air tu sebab sejuk sangat,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE

@syzzrl5 geramnya lah aku kalau lepak mamak ada lipas kat dalam air.. #fyppppppppppppppppppppppp #lipas ♬ original sound – kambing

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI