fbpx
Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) di Kompleks ICQS Padang Besar baru-baru ini.

Van warga asing ada 36 saman tertunggak lebih RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Sebuah van milik warga asing yang dikesan dengan 36 saman trafik tertunggak mencuri tumpuan dalam Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) di Kompleks ICQS Padang Besar baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, kenderaan itu berjaya ditahan dengan nilai saman mencecah RM5,780 dan kesemuanya diselesaikan di lokasi operasi.

Katanya, jumlah saman yang tinggi itu menunjukkan sikap sambil lewa sesetengah warga asing terhadap undang-undang jalan raya di negara ini.

“Ini juga membuktikan keberkesanan operasi secara bersemuka di pintu sempadan kerana dapat mengenal pasti serta menyelesaikan saman tertunggak secara serta-merta.

“Sepanjang lima hari operasi bermula 21 hingga 25 Julai lalu, sebanyak 420 kenderaan milik warga asing telah diperiksa,” katanya ketika di temui di sini hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 299 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dengan kutipan kompaun keseluruhan sebanyak RM44,730.

Antara kesalahan tertinggi direkodkan adalah memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 237 saman, selain nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (tiada nombor roman) tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu serta melanggar syarat permit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN