fbpx
Keadaan sebahagian motosikal membabitkan pelajar KPTM Bangi yang terbabit nahas di kilometer 262.5, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara) di sini, awal pagi semalam. -Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Tragedi konvoi: Seorang lagi disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lagi pelajar yang terbabit nahas berkonvoi di Kilometer 262.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, awal pagi semalam meninggal dunia menjadikan jumlah yang terkorban dalam kejadian itu meningkat kepada empat orang.

Muhammad Iman Rusidi,19, beralamat di Bayan Lepas yang juga pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar kira-kira pukul 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, punca kematian adalah disebabkan oleh Severe Traumatic Brain Injury.

“Seorang lagi yang terbabit nahas masih dirawat di ICU hospital yang sama dan siasatan lanjut berkenaan kes ini masih berjalan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga pelajar KPTM Bangi maut selepas terbabit dalam nahas 17 buah kenderaan termasuk sebuah lori dan sebuah kereta ketika mereka pulang dari makan malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pelajar yang maut ialah Afkar Fitri Affendi, 20, Aliff Syahmi Abdul Hakim, 18, dan Haris Azib Sulaiman, 21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN