fbpx
Zara.

Tiada siapa akan dilindungi dalam kes Zara Qairina – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada siapa akan dilindungi dan terlepas daripada tindakan undang-undang dalam kes kematian tragis pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan pihak polis kelak.

Justeru, beliau menasihati masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis menjalankan tugas secara profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti.

“Saya mengikuti rapat kes kejadian kemalangan di sekolah melibatkan anakanda Zara Qairina. Kes ini dalam siasatan pihak polis.

“Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sentiasa memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Zara Qairina yang dipercayai menjadi mangsa buli meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah pada 17 Julai lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I)

Fadhlina berkata, JPN Sabah komited untuk terus memastikan kesejahteraan keluarga, murid, guru dan warga sekolah terlibat terpelihara.

Jelasnya, ia dilakukan menerusi penyediaan bantuan segera termasuk aspek sokongan psikososial dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM)

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI