fbpx
SEBUAH trak tentera Kemboja bergerak di Oddar Meanchey hari ini. - Foto AFP

Thailand ubah pendirian – PM Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menjelaskan bahawa Thailand bersetuju dengan gencatan senjata dengan negaranya, lapor portal berita The Phnom Penh Post hari ini.

Menurutnya, gencatan senjata itu sepatutnya bermula pada tengah semalam susulan cadangan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bagaimanapun, hanya sejam selepas perbualan telefon dengan Anwar, Thailand menarik balik persetujuan itu.

Manet mengeluarkan penjelasan itu bagi mengelak sebarang salah tafsir fakta, khususnya daripada kerajaan Thailand dan media. 

Dalam catatan di Facebook pada petang ini, Perdana Menteri Kemboja itu menjelaskan bahawa beliau telah bercakap melalui telefon dengan Anwar berhubung pertempuran berterusan antara tentera negaranya dan Thailand di sepanjang sempadan.

Dalam perbualan itu, Anwar menyatakan kebimbangan mengenai pertempuran tersebut dan berkongsi hasratnya supaya gencatan senjata segera diadakan bagi membuka jalan kepada penyelesaian antara kedua-dua negara. 

“Saya dengan jelas menegaskan kepada Tuan Yang Terutama Anwar Ibrahim bahawa Kemboja bersetuju dengan cadangannya untuk gencatan senjata kerana Kemboja tidak memulakan konflik ini,” kata Manet.

Anwar turut menghubungi Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai berhubung isu itu.

Dalan panggilan itu, Thailand bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang ditetapkan pada tengah malam semalam sebagai tempoh untuk kedua-dua pihak menghentikan permusuhan.

Malangnya, lebih sejam kemudian, pihak Thailand memaklumkan kepada pengerusi ASEAN itu bahawa mereka telah mengubah pendirian.

“Thailand mengubah pendirian daripada bersetuju dengan gencatan senjata pada tengah malam semalam kepada tidak bersetuju dan memilih untuk menunggu,” jelas Manet. 

“Oleh itu, kunci untuk menamatkan konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja pada masa ini terletak pada kesediaan tulen Thailand untuk menerima gencatan senjata yang merupakan langkah pertama ke arah mencari penyelesaian lanjut antara kedua-dua pihak,” sambungnya. 

Pertempuran antara kedua-dua negara itu di sempadan memasuki hari kedua hari ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN