fbpx
PEARLY-THINAAH mengintai peluang mara ke final dua kali berturut-turut selepas layak ke separuh akhir Terbuka China. - ISKANDAR ISHAK

Terbuka China: Pearly-Thinaah selangkah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah semakin menghampiri pentas final selepas meneruskan kemaraan ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik sebentar tadi, pasangan No.3 dunia itu menewaskan pilihan kelapan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima 21-16, 21-12.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, naib juara Terbuka Jepun minggu lalu itu menepati ramalan apabila memperagakan aksi cukup baik sebelum memastikan kemenangan dalam tempoh 38 minit.

Menerusi keputusan itu, Pearly-Thinaah kini melebarkan rekod kepada empat kemenangan dalam lima perlawanan menentang Matsumoto-Fukushima dengan tiga pertemuan sebelum ini turut memihak kepada mereka.

Menjelang separuh akhir esok, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu akan menentang beregu tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang menewaskan satu lagi wakil negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Atas kertas, kelebihan dilihat memihak kepada pasangan China itu apabila sudah mencatat tiga kemenangan ke atas Pearly-Thinaah dalam empat pertemuan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI