fbpx
Tangkap layar menunjukkan pertengakaran seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya.

Siapa salah, pemandu atau penumpang e-hailing?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu e-hailing yang enggan menerima bayaran daripada penumpangnya kerana tidak mempunyai wang baki menarik perhatian orang ramai.

Perkongsian di TikTok @Afoo mendakwa diminta oleh pemandu terbabit untuk menukar wang sendiri kerana pemandu itu tidak menyediakan wang kecil untuk memulangkan baki.

“Jangan biarkan sesiapa menakut-nakutkan anda selagi anda tidak melakukan sebarang jenayah berdiri teguh dan menyimpan segala-galanya dalam rakaman untuk tujuan keselamatan,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan orang ramai menganggap pemandu berkenaan tidak profesional dan tidak menghormati penumpang sebagai pelanggan.

“Benda ini mudah sahaja, pemandu itu boleh je turun dan pergi tukar duit itu, selesai masalah,” tulis Michael Arun.

“Buat teruklah pemandu ini, saya pun pemandu e-hailing juga, saya memang akan sediakan duit kecil supaya tidak menyusahkan penumpang,” ujar Benjat.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang berpihak kepada pemandu terbabit dan berpendapat penumpang sepatutnya bersedia dengan wang kecil terlebih dahulu.

“Betullah apa yang pemandu itu buat, dia itu buat servis e-haling sahaja bukannya penukar wang,” kata Miqqa.

“Penumpang sepatutnya sediakan wang kecil sebelum tempang kereta, bukannya meminta pemandu yang tukar duit,” balas Nafie. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI