fbpx
HOSPITAL Phanom Dong Rak mengalami kerosakan selepas dibedil meriam Kemboja di Surin semalam. - Foto AFP 

Sempadan Thai-Kemboja tenang selepas panggilan telefon PM Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas serangan udara dan tembakan roket sepanjang hari antara Thailand dengan Kemboja semalam tetapi laporan menyatakan keadaan sempadan kembali tenang, lapor agensi berita.

Kementerian Kesihatan Thailand mengesahkan angka kematian rakyatnya meningkat kepada 14 orang termasuk seorang kanak-kanak dan seorang askar.

Menurut akhbar Thai Enquirer, kematian itu berlaku selepas peluru artileri yang ditembak tentera  Kemboja mengenai beberapa tempat di sempadan.

Seramai 32 orang awam cedera susulan pertempuran itu dengan tujuh berada dalam keadaan kritikal. 

Selain itu, 14 askar mengalami kecederaan dengan enam daripada mereka serius.

Ketenangan kembali di sepanjang sempadan selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Phumtham Wechayachai dan Kemboja, Hun Manet.

Anwar menggesa pihak-pihak  bertelagah mengisytiharkan gencatan senjata segera.

Pertempuran terbaru berlaku sehari selepas seorang askar Thailand kehilangan kakinya dalam letupan periuk api di sempadan dengan Kemboja.

Kemboja tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai bilangan korban di pihaknya setakat ini.

Bagaimanapun, akhbar harian Khmer Times melaporkan bahawa tentera Thailand melepaskan tembakan ke beberapa kampung, termasuk yang didiami etnik Rohingya.

Susulan serangan itu, terdapat perpindahan penduduk di kedua-dua belah sempadan.

Kedua-dua pihak juga menutup sekolah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI