fbpx
BEBERAPA penduduk mengisi botol dengan bekalan makanan. - Foto Getty Images

Rakyat Mesir hantar botol berisi makanan ke Gaza dari laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Rakyat Mesir yang bimbang dengan penduduk kelaparan melancarkan inisiatif dengan menghantar botol-botol  berisi bijirin dari laut ke Semenanjung Gaza, lapor portal berita The New Arab semalam.

Inisiatif itu dikenali dengan nama ‘Dari Laut ke Laut, Sebotol Harapan untuk Gaza’.

Sejumlah rakyat Mesir mengisi botol 1 liter dan 2 liter dengan bijirin, beras, lentil dan bekalan makanan kering lain.

Botol-botol itu kemudian dihanyutkan di Laut Mediterranean dengan harapan ia akan sampai ke Gaza.

Menurut peserta yang mengambil bahagian, ia adalah sebagai langkah terdesak untuk mengatasi kepungan tentera Israel yang menyaksikan trak bantuan kecemasan dihentikan di lintasan sempadan manakala ratusan ribu penduduk Palestin berada dalam kelaparan.

Mereka yang mengambil bahagian juga menyeru orang ramai di negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean termasuk Libya, Tunisia, Algeria, dan Maghribi untuk terlibat sama menghantar botol berisi bekalan makanan ke Gaza.

Menurut media Arab, idea itu diilhamkan menerusi kaedah mesej yang dihantar ke dalam botol.

Sejak itu, ia mendapat pujian meluas khususnya di platform media sosial.

Idea itu dilaporkan dicadangkan oleh seorang ahli akademik yang juga jurutera Mesir yang berpangkalan di Jepun.

Beliau menyatakan, bekalan makanan yang dihantar merentasi laut adalah kaedah paling praktikal memandangkan sekatan berterusan ke atas Gaza oleh tentera Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN