fbpx
Sebuah kedai 7-Eleven di sebuah stesen minyak terkena serangan. - AGENSI

Rakyat Malaysia dinasihatkan elak ke Preah Vihear dan Oddar Meanchey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan untuk mengelak sebarang perjalanan ke Wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey berikutan ketegangan antara Kemboja dan Thailand.

Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Kemboja berkata, semua warga Malaysia juga dinasihatkan untuk bertenang dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan Kemboja.

“Warga Malaysia yang berada di Kemboja digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di
Phnom Penh dengan mengimbas Kod QR atau secara dalam talian melalui pautan Google Form.

“Pihak kedutaan sentiasa memantau situasi semasa dan kekal komited terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Kemboja,” kata kenyataan itu hari ini.

Pendaftaran dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh adalah melalui pautan Google Form https://docs.google.com/formsdle/1FAlpQLScjSZ49_E46TiO9hHV-QJesfkOIDqt3d-v28jpZq4kZ-oc6g/viewform

Semalam, Kosmo! Online melaporkan tentera Kemboja dan Thailand berbalas tembakan hanya selepas beberapa jam kedua-dua pihak menurunkan taraf hubungan diplomatik dalam pertikaian yang semakin memuncak mengenai kawasan sempadan.

Dua negara berjiran itu terlibat dalam perbalahan mengenai kawasan dikenali sebagai Segi Tiga Zamrud, di mana sempadan Kemboja, Thailand dan Laos bertemu. Kawasan itu juga menempatkan beberapa kuil purba.

Pertikaian antara Bangkok dan Phnom Penh berlarutan selama beberapa dekad dan meletus menjadi pertempuran berdarah lebih 15 tahun lalu dan sekali lagi pada Mei lepas apabila seorang askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN