fbpx
Pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan di sebuah kediaman di Taman Angsamas di sini, semalam.

Premis simpan diesel haram diserbu, rampasan hampir RM19,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebuah premis kediaman di Taman Angsamas, Seremban diserbu pihak berkuasa malam tadi selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan diesel tanpa permit sah.

Serbuan pada pukul 11 malam itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan menerusi OPS Tiris & OPS Jerigi 2025, dan berjaya mengesan lebih 1,000 liter minyak diesel disimpan secara haram.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, seorang individu, dipercayai pemilik lori yang terlibat dalam operasi itu telah dikenal pasti.

“Pemeriksaan mendapati pemilik premis tidak memiliki sebarang permit sah bagi menyimpan barang kawalan dipercayai untuk tujuan pengedaran dan disyaki melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Antara barangan yang disita dalam operasi tersebut termasuk sebuah lori jenama Daihatsu bernilai RM15,000, diesel dianggarkan RM2,910, tangki IBC, tangki air, pam serta hos paip.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM18,912.91,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah fail AKB-2025-0046-SBN dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI