fbpx
Gambar hiasan.

Pengangkutan awam diarah beroperasi seperti biasa esok – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua pengangkutan awam termasuk stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana diarahkan untuk terus beroperasi seperti biasa esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, arahan itu dikeluarkan walaupun satu himpunan yang dirancang pembangkang akan diadakan di ibu negara.

“Kerajaan Madani mempertahankan hak kebebasan berhimpun termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup.

“Yang lebih penting, pengangkutan awam kita harus terus berfungsi agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin pembangkang menjangkakan peserta Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai 2025 boleh mencapai antara 500,000 hingga 1 juta orang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 60 laporan polis berhubung Himpunan Turun Anwar pula menjangkakan ia akan disertai antara 10,000 hingga 15,000 peserta.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta PDRM memberikan kerjasama sewajarnya terhadap himpunan tersebut.

Anwar meminta himpunan yang ditunjangi parti Pas itu dapat dibantu tanpa sebarang intimidasi atau sekatan tidak wajar bagi merayakan demokrasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN