fbpx
Gambar hiasan.

Operasi stesen, tren berjalan seperti biasa esok – KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren KTM Komuter dan ETS akan beroperasi mengikut jadual asal
seperti biasa esok.

Menerusi satu kenyataan KTMB memberitahu, langkah itu selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, bahawa semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk tren dan stesen KTMB akan beroperasi seperti biasa.

“Keutamaan KTMB adalah untuk memastikan perjalanan pengguna berjalan lancar dengan selamat dan selesa.

“Bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih teratur, KTMB menasihatkan
pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dengan menyemak jadual terkini di
laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my.

“Selain itu, pengguna juga perlu mematuhi arahan kakitangan serta pengumuman di stesen bagi memastikan pergerakan lancar dan keselamatan bersama,”kata KTMB.

Tambah kenyataan itu, pengguna juga disarankan menggunakan aplikasi KTM Mobile (KITS) bagi kemudahan pembelian tiket dan semakan jadual semasa di MyRailtime.

“KTMB juga menggalakkan pengguna untuk membuat pembayaran tiket secara tanpa tunai (cashless) melalui kad debit/kredit, e-dompet dan Touch ’n Go untuk perjalanan yang pantas dan selesa,”ujar KTMB.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Panggilan KTMB di talian
03-9779 1200 atau melalui saluran media sosial rasmi KTMB.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN