fbpx
Muhyiddin.

Muhyiddin minta peserta himpunan tidak cetus provokasi, jaga adab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai menyertai Himpunan Turun Anwar esok tidak mencetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan di ibu negara tersebut berlangsung.

“Saya meminta supaya peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang. IIngat, menyertai perhimpunan aman hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak ada sesiapapun boleh menghalangnya. Justeru, jaga dan peliharalah hak ini sebaik-baiknya. Saya dan rakan-rakan pimpinan PN akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menyeru rakyat Malaysia menyertai perhimpunan tersebut kerana mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal mengurus negara dengan baik.

Beliau mendakwa, pengumuman bantuan RM100 dan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 6 sen adalah langkah terdesak Anwar untuk mengekang perasaan tidak puas hati rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI