fbpx
KL CITY mencatat kekalahan 0-1 kepada Semen Padang dalam aksi persahabatan di Cheras kelmarin. - KL CITY FC

Kualiti padang resahkan KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALITI padang latihan yang tidak sempurna menghadirkan keresahan buat pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Risto Vidakovic bagi menyiapkan skuad terbaik sebelum memulakan Liga Malaysia (Liga M) bulan depan.

Selain gagal menerapkan perancangan diatur, Vidakovic juga berdepan kekangan masa kerana baru sahaja memulakan latihan kira-kira dua minggu lalu.

“Kami tidak memiliki padang yang bagus untuk menjalani latihan, kadang-kadang kami perlu lakukan perkara yang tidak sirancang. Semua ini memberikan banyak kesukaran untuk lakukan sesuatu.

“Padang latihan perlu dibaik pulih untuk kami bekerja lebih baik dan mengatasi segala masalah pasukan secepat mungkin. Padang tidak rata, bola melantun dan ia menyukarkan pemain melakukan hantaran dengan baik,” katanya.

Dalam aksi persahabatan menentang Semen Padang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin, The City Boys mengalami kekalahan 0-1 dan keputusan itu memberi peringatan jelas buat Vidakovic untuk mencari idea lebih segar.

Bagaimanapun, bekas pengendali Melaka United dan kelab Indonesia, PSS Sleman itu menaruh harapan pihak pengurusan dapat membantunya untuk menyediakan padang lebih baik.

“Latihan hanya bermula dua minggu lalu, ada pemain yang datang semalam, ada juga sertai pasukan dua hari lalu. Jadi kita tidak boleh harapkan mereka bermain dengan cemerlang.

“Apa pun kami masih ada masa untuk melakukan persiapan dan pemain harus membiasakan diri berlatih bersama. Kami memiliki pemain yang bagus dan saya fikir kami boleh memulakan liga dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN