fbpx
Gambar hiasan.

KKM diarah percepat isi 4,000 perjawatan di fasiliti kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) agar menyegerakan pengisian lebih 4,000 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak dengan mempermudahkan proses birokrasi.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut disuarakan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini.

“Perdana Menteri telah membangkitkan isu pengisian 4,000 perjawatan doktor yang belum lagi diisi dan ini telah disampaikan hari ini kepada anggota Jemaah Menteri, khususnya Menteri Kesihatan.

“Perdana Menteri minta supaya proses birokrasi yang mungkin dilihat sebagai melewatkan (proses) ini dipercepat kerana pada mulanya pihak Kementerian Kesihatan menjangkakan kebanyakan atau pun kesemua daripada jawatan ini akan dapat diisi menjelang bulan November.

“Tapi, Perdana Menteri berpandangan ini terlalu lewat. Jadi akan dipercepat proses tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN