fbpx
Izham berbual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr. Mohamad Khairil ketika merasmikan produk sejuk beku jenama Ehsan di Wisma PKPS, Shah Alam. -Foto AFIQ RAZALI

Kes lemas: Semua jalan masuk tapak Projek SMG ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Semua jalan masuk ke lokasi tapak projek di tepi Sungai Klang berhampiran Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini telah ditutup bagi mengelakkan isu pencerobohan dan kejadian lemas berulang kembali.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, projek tersebut masih belum bermula namun kerja-kerja membuat penampan (buffer) telah dilakukan di kawasan tersebut hingga menghasilkan kolam takungan.

“Bila ada buffer, air telah bertakung di situ. Sebenarnya projek itu belum bermula, ia bukan di kawasan tepi tetapi di dalam sungai.

“Kita telah beri arahan, semua projek Selangor Maritime Gateway (SMG) ini jika melibatkan kawasan penduduk ia perlu ditutup (daripada diakses). Jangan beri ruang langsung (untuk sesiapa masuk),” katanya selepas meluncurkan produk sejuk beku jenama Ehsan di Wisma PKPS di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak iaitu Aishdayan Rayqal Arijanto, 9 dan Che Syazwan Irwan Shah, 12, lemas dipercayai mandi di kawasan air bertakung projek itu.

Kata Izham, setakat ini sebanyak lima projek dalam skala kecil di tepi Sungai Klang melibatkan SMG akan dijalankan sepenuhnya dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai peluncuran tersebut, beliau memaklumkan PKPS turut akan memasarkan minyak bunga matahari untuk pasaran tempatan dan diekspot ke Australia dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sebanyak dua kontena minyak bunga matahari akan diekspot ke Australia. Dua kontena tersebut beratnya sekitar 30 tan. Selepas Australia kita akan menyasarkan negara lain selepas ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN