fbpx
WATKINS (kiri) dikatakan boleh dilepaskan dengan yuran perpindahan bernilai £60 juta (RM341.6 juta). - AFP

Isak terlalu mahal, United buru Watkins

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan tidak mampu untuk menandatangani khidmat Alexander Isak dan kini terpaksa mencari pilihan alternatif dengan menjadikan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins sebagai sasaran utama.

Menurut laporan, pengurusan The Red Devils bersetuju untuk menawarkan nilai perpindahan sebanyak £60 juta (RM341.6 juta) kepada pengurusan Villa bagi mendapatkan khidmat Watkins yang masih memiliki kontrak sehingga 2028.

Kehadiran Watkins dijangka melengkapkan jentera serangan ‘tiga serangkai’ baharu selepas United berbelanja besar menandatangani dua pemain, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo baru-baru ini.

Pengendali United, Ruben Amorim sememangnya terdesak untuk memburu penyerang yang menyarung No. 9 baharu selepas kualiti dipamerkan oleh Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee sekadar ‘indah khabar daripada rupa’.

Amorim sememangnya cukup berminat dengan Watkins yang membuktikan bahawa dia antara salah seorang penyerang prolifik di England dengan menjaringkan 75 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak lima musim lalu.

Watkins sepatutnya berhijrah ke Arsenal pada Januari lepas tetapi harga £60 juta diletakkan Villa terlalu tinggi buat penyerang yang sudah berusia 30 tahun.

United sebelum ini mahu menggunakan Marcus Rashford sebagai terma pertukaran Watkins di Villa, namun pemain antarabangsa England itu sudah melengkapkan perpindahan ke Barcelona kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI