fbpx
TENGKU Nizaruddin (tengah) dan Tengku Abd Aziz (belakang) masing-masing dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Muar hari ini.

[VIDEO] Ija Nizaruddin, Tengku Abd Aziz dijel sebulan, denda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Pempengaruh permotoran dan adiknya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah membuat laporan palsu dan bersubahat berhubung kehilangannya di Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu.

Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadap mereka.

Mahkamah memutuskan Ija Nizaruddin boleh dipenjara tiga bulan manakala Tengku Abdul Aziz enam bulan penjara jika gagal bayar denda dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.

Mereka masing-masing membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Tengku Nizaruddin didakwa mengarahkan adik, Tengku Abdul Aziz memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis berhubung kehilangannya dan tidak dapat dihubungi sejak 4 petang, 14 Julai lalu.

Bapa yang bakal menimang cahaya mata kedua itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala Tengku Abdul Aziz pula didakwa memberi maklumat palsu kepada anggota polis berhubung kehilangan abangnya, Tengku Nizaruddin dan gagal dihubungi pada masa dan tarikh yang sama.

Bapa dua anak itu dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11.38 malam, 15 Julai lalu di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Lenga di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen dan Yasmin Mohd Piah manakala dua beradik itu diwakili peguam, Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mengikut fakta kes, pada 14 Julai, Tengku Abdul Aziz hadir ke Pejabat Pertanyaan Balai Polis Lenga membuat laporan bahawa dia yang memandu kereta Honda Civic telah berselisih kereta Perodua Axia dipandu Tengku Nizaruddin melalui Jalan Besar Muar-Labis di hadapan sebuah pasar mini.

Tengku Abdul Aziz memandu kenderaan menghala ke Tekam, Segamat manakala abangnya pula menghala ke Muar untuk menghantar kereta Perodua Axia ke bengkel.

Pada 15 Julai, polis menerima panggilan telefon berhubung penemuan kereta Perodua Axia berwarna putih di dalam Sungai Tui di kawasan kebun sawit Bukit Kepong di sini sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas ‘mangsa’.

Namun pada 19 Julai, Tengku Nizaruddin menyerah diri di Balai Polis Lenga dan mengaku membuat laporan palsu.

Hasil siasatan polis mendapati selepas Tengku Nizaruddin menghumban kereta Perodua Axia tersebit ke dalam Sungai Tui, dia menghubungi Tengku Abdul Aziz untuk mengambilnya ditepi jalan dan bergerak ke sebuah pasar mini di Taman Sri Mawar, Senawang, Negeri Sembilan.

Polis turut menemui tempahan dua tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Thailand.

Tengku Nizaruddin menempah perkhidmatan kenderaan e-healing dan bergerak ke Terminal Bas Seremban, Negeri Sembilan sebelum Jabatan Imigresen Malaysia mengesan pergerakan keluar negara melalui Padang Besar, Perlis.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada kesan kemalangan atau serpihan kenderaan di laluan tersebut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI