fbpx

Hulk Hogan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

NEW YORK – Legenda gusti, Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun, lapor laman berita Yahoo.

Menurut media Amerika Syarikat, penggusti itu ditemui mati di kediamannya di Clearwater, Florida, pagi Khamis(22 Julai).

Adalah difahamkan dia mengalami serangan jantung, demikian menurut laman hiburan TMZ.

Dalam satu kenyataan Hiburan Gusti Dunia(WWE) menyatakan: “WWE sedih mendapat tahu bahawa Hulk Hogan meninggal dunia.”

“Mendiang merupakan antara tokoh budaya pop paling popular. Hulk Hogan membantu WWE mencapai populariti global dalam tahun 1980-an.

“WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan peminat Hogan,” tambahnya.

Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, berdepan masalah kesihatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas menjalani berbilang pembedahan.

Akhbar Daily Star melaporkan awal minggu ini bahawa Hogan tidak boleh bercakap dan dipantau oleh seorang petugas perubatan di rumah selepas mengalami reaksi teruk akibat pembedahan.

Hogan membuat kemunculan pertama pada 1977 di bawah nama The Super Destroyer sebelum menukarnya kepada Hulk Hogan dan menjadi popular dalam tahun 1980-an.

Sepanjang kerjayanya, dia pernah bertarung dengan The Rock dan Andre The Giant serta mencipta terma Hulkamania. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI