fbpx
Gambar hiasan

Himpunan Turun Anwar: 16 laluan di ibu negara ditutup, dilencongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – 16 laluan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan susulan penganjuran Perhimpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung, esok.

Perhimpunan itu dijangka membabitkan lima lokasi iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO, sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pelaksanaan lencongan lalu lintas itu bergantung kepada situasi dari masa ke semasa.

“Lencongan kenderaan akan diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara laluan yang terlibat ialah Jalan Maharajalela susur ke Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu / U-turn Public Bank, Bulatan Sultan Mohamad dan Jalan Kinabalu susur ke Terowong Bukit Aman.

Selain itu, katanya, Jalan Kinabalu susur ke Bulatan Dato’ Onn, atas Bulatan Dato’ Onn, Bulatan Dato’ Onn dari arah Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato’ Onn serta Jalan Kuching susur ke Jalan Sultan Ismail.

“Jalan Kinabalu dari arah Bulatan Segambut ke arah Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu dari arah Masjid Negara ke arah Bulatan Dato Onn dan Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi.

“Turut terlibat, Jalan Hishamudin / Jalan Raja, Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak dan Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, semua pihak dinasihatkan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggunakan pengangkutan awam serta mematuhi arahan anggota polis trafik bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN