fbpx

Fazura hadir ke MCMC, isyarat seret pemfitnah ke muka pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tanpa memberikan sebarang perincian, pelakon Fazura dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dipercayai berkaitan isu penyebaran fitnah melibatkan dirinya dalam media sosial.

Menerusi hantaran InstaStory, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, hadir di bilik gerakan agensi berkenaan, semalam.

Selain itu, dia juga memuat naik foto beberapa salinan bukti-bukti komen netizen yang berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan pelakon, Fattah Amin.

Malah, ada juga yang mendakwa Fazura juga mengambil tindakan terhadap netizen yang mengecam arwah bapanya.

Namun, pelakon filem Pisau Cukur itu tidak memberi sebarang kenyataan atau maklumat lanjut tentang tujuannya ke pejabat tersebut.

ANTARA bukti yang dikemukan Fazura kepada pihak MCMC.

Dalam masa sama, ramai peminat yang meluahkan rasa simpati terhadapnya dan menyokong tindakan yang diambil.

“Yang buat fitnah fasal Allahyarham papa Faz, kutuk anak comel yang belum ada dosa dan fitnah Kak Faz bukan-bukan, sekarang adalah masalah untuk kalian balas apa yang kalian lakukan,” kata peminat.

“Saya jarang komen fasal Faz tapi bila tengok dia mula bertindak ke atas mereka yang buat fitnah macam-macam memang saya sokong,” ujar netizen.

“Semoga semua urusan Fazura dipermudahkan untuk mempertahankan maruahnya, anak, keluarga dan arwah papa yang turut dipijak netizen sejak sembilan bulan lalu,” tutur pengikut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI