fbpx
Pihak bomba sedang memadamkan kebakaran salah sebuah rumah di Kampung Tasek Tambahan Ampang, petang tadi.

Empat rumah di Kampung Tasek Tambahan Ampang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Sebanyak empat buah rumah dilaporkan musnah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Tasek Tambahan Ampang, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasa pada pukul 3.06 petang.

Ujarnya, seramai 20 anggota dan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dengan bantuan BBP Ampang serta BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di kawasan tersebut, terdapat kebakaran melibatkan empat buah rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,200 kaki persegi setiap sebuah.

“Anggaran kemusnahan dua buah rumah musnah 70 peratus dan dua buah rumah lagi musnah 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, kebakaran tidak melibatkan mangsa setakat ini kerja pemadaman dapat dikawal pada 3.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI