PETALING JAYA – Ibaratnya rela dikecam, penyampai radio Era FM, Radin mengundang tawa ramai apabila mendakwa wajahnya pernah dikatakan mirip penyanyi popular Korea Selatan, G- Dragon.
Meski disamakan, Radin atau nama lengkapnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 35, berseloroh wajahnya dilabel sebagai G-Dragon namun untuk versi disengat tebuan.
Perkara tersebut menjadi bualan apabila dia memuat naik poster dengan tajuk ‘Dikecam berwajah G-Dragon versi disengat tebuan’.
Rata-rata netizen terhibur dengan hantaran tersebut dan membanjiri ruangan komen dengan emoji ketawa.
“Berapa ekor tebuan? Rasanya kalau seekor tak cukup,” kata netizen.
“Ini G-Gorgon,” tulis pengikut.
“Radin Naga bukan lagi Radin Era,” ujar peminat.

Dengan menggunakan tema warna sama, Radin dipercayai tertarik dan mengajuk tajuk serupa pernah diterbitkan Kosmo! Online merujuk pengakuan pelakon Syazwan Razak mengenai kecaman dihadapi sebelum ini.
Syazwan merupakan adik lelaki kepada Syafiq Kyle dikatakan masuk ke dunia seni, ihsan kabel besar abang yang kini antara aktor paling popular tanah air. Dia malah mengakui pernah dikatakan seperti berwajah Syafiq Kyle tetapi dalam versi disengat tebuan. – KOSMO! ONLINE