fbpx
Kebakaran melibatkan bilik stor dan pendidikan seni SMK Raja Muda Musa di Kuala Kangsar hari ini.-Foto JBPM PERAK

Bilik stor peralatan elektrik, pendidikan seni SMK Raja Muda Musa terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Sebuah bilik stor peralatan elektrik dan bilik pendidikan seni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.28 pagi dengan 21 anggota dari BBP Kuala Kangsar dan Sungai Siput dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan bangunan sekolah dua tingkat kelas A yang terbakar di tingkat satu.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati kebakaran dipercayai bermula dari bilik stor peralatan elektrik dan merebak ke bilik pendidikan seni di tingkat satu.

“Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 40 peratus struktur bangunan namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI