PETALING JAYA – Perdana Menteri merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
Pada hantaran sama, Anwar turut mendoakan Baginda serta Kerabat Diraja berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Dirgahayu Tuanku,”tulis Anwar.-KOSMO! ONLINE