fbpx
Asyraf (empat,kiri) menghadiri Program SALES2U@GIATMARA Pulau Pinang di Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Ambil iktibar, elak berkonvoi sebelah malam – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Pelajar institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika menjalankan aktiviti di luar kampus.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara umumnya pihak Mara tidak melakukan pemantauan dan mengetatkan disiplin seperti mana di sekolah dan kolej.

“Cuma apa yang perlu kita ambil iktibar ialah segala program yang mahu dilakukan mestilah mengambil kira risiko yang ada termasuk bukan sahaja memaklumkan, tetapi mesti melihat soal kesesuaian aktiviti contohnya berkonvoi.

“Memang kita tak boleh nak halang (aktiviti) ini sebab ia berlaku di luar waktu akademik tetapi mereka harus berhati-hati, berwaspada dan mengelakkan daripada berkonvoi di sebelah malam dalam keadaan beramai-ramai yang dikhuatiri boleh memudaratkan.

“Justeru, kita minta supaya para pelajar untuk mengutamakan aspek keselamatan dalam melaksanakan apa juga aktiviti program walaupun program terbabit bersifat di luar tanggungan ataupun pemantauan universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program SALES2U@GIATMARA Pulau Pinang di Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Mara tidak terbabit dalam penganjuran konvoi membabitkan 15 penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dan German-Malaysian Institute (GMI) Kajang yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 262.5, Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) di Seremban, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI