fbpx
Tangkap layar menunjukkan perkongsian seorang remaja perempuan yang dilema untuk meneruskan pejalaran ke Universiti Oxford.

Wanita tersepit mahu belajar di Oxford atau bersama ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Antara cita-cita dan keluarga. Saya hanya ada sebulan untuk buat keputusan yang bakal ubah hidup kami sekeluarga.”

Demikian luahan seorang wanita yang kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan impian melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford atau kekal di tanah air demi membantu ibunya mencari rezeki.

Meskipun ditawarkan biasiswa penuh untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Antropologi Sosial, wanita itu mengakui hatinya tidak tenang memikirkan tentang kedai burger ibunya yang akan dirobohkan hujung tahun ini tanpa sebarang tawaran tapak alternatif.

Menerusi hantaran di Threads oleh Exzzys, dia memaklumkan ibunya menyokong penuh hasratnya untuk menyambung pengajian.

“Saya risau mahu tinggalkan ibu kerana tahu dia susah meniaga bersendirian. Ibu juga masih belum sembuh sepenuhnya lepas melakukan pembedahan jantung.

“Tujuan saya memuat naik hantaran ini untuk meluahkan dan bukan menagih simpati,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mencadangkan supaya wanita itu meneruskan pengajian demi masa depannya dan keluarga.

“Saya mungkin orang asing bagi kamu, tapi dengarlah nasihat. Ibu kamu akan hidup dalam penyesalan kalau kami tidak teruskan pelajaran. Setabah manapun seorang ibu, perkara paling dia tak mampu hadapi adalah kegagalan anak-anak disebabkan dirinya.

“Dia takkan benarkan (keadaan) itu berlaku. Sesusah manapun hidup seorang emak, dia tak sanggup lihat anak tidak berjaya. Jadi pergilah demi ibu. Buat dia bangga,” kata @Tashaleow.

“Pilihlah dengan bijak. Peluang ini memang perlukan pengorbanan pada permulaan, tapi ingat usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil,” kata @Nadia.sabri19.

“Peluang seperti ini bukan datang selalu. Ini bukan sekadar membanggakan keluarga, tapi tentang membina masa depan yang membolehkan kamu memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

“Kehidupan di mana ibu kamu tidak lagi perlu berdiri di gerai burger untuk menyara hidup. Pengorbanan ibu membawa kamu sampai ke tahap ini. Allah akan menjaga dia di sini, insya-Allah,” ujar @Sha.nordin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN