fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari Proton Saga yang terlibat kemalangan di Taman Menteri di Changkat Jering, Taiping tengah malam tadi. - Foto IHSAN JBPM

Wanita Indonesia berstatus PR maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Seorang wanita warga Indonesia yang berstatus pemastautin tetap (PR) maut dalam nahas membabitkan kereta Proton Saga dan Perodua Myvi di Taman Menteri, Changkat Jering, di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.17 tengah malam.

“Nahas melibatkan kereta Proton Saga FLX dan Perodua Myvi. Proton Saga tersebut terbabas dan terbalik.

“Terdapat seorang lelaki berusia 21 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun. Kedua-duanya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi. Mereka hanya cedera ringan,” katanya hari ini.

Sabarodzi berkata, seorang lagi mangsa, wanita berusia 55 tahun masih berada di dalam kereta yang terbalik.

“Kerja-kerja penyelamatan dilakukan bagi mengeluarkan mangsa di dalam Proton Saga tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi,” ujarnya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI