fbpx
Tangkap layar perkongsian video di TikTok Ammar Ahyan.

[VIDEO] ‘Pertama kali pandu kereta terus Ferrari dik…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Pertama kali belajar memandu, terus pakai Ferrari…level kau gempak dik,” begitulah reaksi netizen selepas melihat video tular anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang sedang berjinak-jinak memegang stereng kereta.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Ammar Ahyan, dia yang baru berusia 17 tanun sedang menjalani sesi pembelajaran memandu selepas berjaya mendapatkan lesen L (Lesen Memandu Pelajar).

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kenderaan yang digunakan Ammar Ahyan, iaitu sebuah Ferrari mewah berwarna merah yang dipercayai bernilai jutaan ringgit.

Rakaman berdurasi 27 saat itu memaparkan Ammar Ahyan memandu kenderaan mewah tersebut di kawasan tertutup dengan pemantauan seorang individu bagi memberikan tunjuk ajar.

“Ini kali pertama saya belajar bawa kereta dan secara peribadi, saya belajar bawa kereta pun dekat lapangan terbang,” kata Ammar Ahyan.

Menjengah ke ruanhan komen, ramai peminat yang kagum dengan gaya hidup mewah keluarga usahawan itu, selain turut membandingkan kereta pertama mereka memandu ketika sesi latihan.

“Anak orang lain belajar dengan Kancil atau Myvi, anak Datuk terus Ferrari. Tapi ingat ya, Ferrari tu bukan tempat belajar main-main,” kata Shahril.

“Inilah beza T20 dan B40 macam saya. T20 belajar bawa kereta Ferrari, saya belajar bawa kereta Kancil ‘manual’ pintu nak roboh tau,” kongsi Nurul Shakirah Rosli.

“Okey, nanti you ada kerata kita ‘hangout’ ramai-ramai,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@ammarahyan2008 Sebenarnya saya #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound – Ammar Ahyan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI