fbpx
Tangkap layar menunjukkan wanita tersebut mencuci keretanya menggunakan alat pencuci cermin di sebuah stesen minyak.

‘Kalau nak cuci kereta pergi car wash, bukannya …’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita mencuci keretanya menggunakan alat pencuci cermin di sebuah stesen minyak mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna lain.

Menerusi satu hantaran di Facebook milik @Sminipoh, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan wanita berkenaan menggunakan alat tersebut bagi membersihkan hampir seluruh bahagian keretanya.

“Kalau nak cuci kereta kena pergi ‘car wash’ (pusat cuci kereta). Orang datang stesen minyak ni nak cepat-cepat je,” tulis pemilik tersebut.

Klip berdurasi dua minit itu turut memaparkan pemilik ‘dashcam’ terpaksa sabar menunggu giliran untuk mengisi minyak gara-gara tindakan wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi serupa.

“Dekat rumah tak ada air lah tu, sebab tu dia cuci dekat stesen minyak… sampai tak sedar ada orang tengah tunggu,” kata Arianti.

“Saya pernah jumpa lelaki cuci motor guna benda ni (alat pencuci cermin). Saya tengah beratur nak isi minyak, dia boleh bagi isyarat suruh sabar. Macam-macam maki dalam hati,” komen Hazie.

“Ini namanya pentingkan diri sendiri, tak fikir langsung orang lain,” ujar Azian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN