fbpx
Tangkap layar menunjukkan seekor kucing berada di atas tiang jejambat hampir tiga bulan.

[VIDEO] ‘Hampir tiga bulan awak dekat atas tu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor kucing dilaporkan ‘terperangkap’ hampir tiga bulan di atas tiang jejambat meskipun pelbagai usaha dilaksanakan untuk menyelamatkan haiwan tersebut dilakukan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @Dieyaadila, haiwan itu dikatakan berada di lokasi berkenaan sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada makanan yang diturunkan menggunakan tali.

“Tak boleh nak fikir… macam mana seekor kucing boleh ada di atas (tiang jejambat) tu. Dah dua kali bomba datang nak selamatkan tapi ia lari menyorok di celah lubang.

“Hampir tiga bulan ia hidup sendiri kat atas (tiang jejambat). Kami bagi makan guna tali, mungkin sebab tu juga ia mampu bertahan sehingga sekarang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna berkongsi idea selain mendoakan agar haiwan tersebut diselamatkan.

“Guna sangkar perangkap, letak makanan dan tilam. Bila ia masuk sangkar, automatik tertutup. Saya pernah buat selamatkan kucing dan berjaya,” kata Adinda Aishah.

“Semoga Allah menggerakkan hati kucing itu untuk turun dan semoga ada orang baik yang berjaya turunkan ia walaupun dah cuba banyak kali. Insya-Allah,” ujar Faiz.

“Ya Allah, semoga urusan dipermudahkan. Turunlah anak (kucing) semua sayang awak. Macam mana hidup awak atas tu,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@dieyaadila Tak boleh nak fikir.. mcmana seekor meow boleh ada kt atas tu. Tinggi tempat tu, bkn nya rendah.. Dah 2 kali bomba dtg nk selamatkan dia tp dia lari menyorok celah lubang kata bomba tu… Hampir 3 bulan dia hidup sendiri kt atas tu. kami terpaksa bg mkn dgn menurunkan tali ke situ. Mgkin sbb itu juga dia mampu bertahan sehingga sekarang. Tiap hari berdoa agar dia boleh fikir mcmana nk turun.. tak senang rasa hati ni bila 2/3 hari tak dgr dia mengeow. Bila dgr suara dia kami rasa lega sbb dia masih hidup. Tapi persoalannya sampai bila ??? 🥹😭 #bantuan #kucingstuck #atashighway #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN