fbpx
Kemalangan motosikal dipercayai berkonvoi melibatkan pelajar Mara di KM 262, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Seremban, awal pagi tadi.

Tragedi konvoi: Mara salur sumbangan khairat RM1,500 kepada waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengumumkan penyaluran sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,500 kepada waris setiap pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer (KM) 262, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Seremban, awal pagi tadi.

Mara dalam kenyataan berkata, langkah segera itu diambil sebagai tanda keprihatinan dan sokongan awal kepada keluarga mangsa yang sedang berduka.

Selain bantuan kewangan awal, Mara memberitahu, tuntutan takaful kemalangan dan kematian yang boleh mencecah sehingga RM38,000 bagi setiap pelajar turut sedang dalam proses pengurusan, tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan oleh pihak penyedia takaful.

“Mara menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan profesional.

“Pada masa yang sama, Mara akan terus bekerjasama rapat dengan institusi pendidikan yang terlibat serta agensi berkaitan dalam memastikan tindakan susulan diambil secara bertanggungjawab, telus dan berperikemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Tambah Mara, pihaknya komited sepenuhnya dalam memastikan kebajikan dan keperluan semua mangsa yang terlibat diberi perhatian sewajarnya, termasuk sokongan emosi dan psikososial kepada waris serta rakan-rakan pelajar.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila 15 motosikal yang ditunggang secara berkumpulan dari arah Senawang menghala ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan berada di lorong tengah dan kanan, sebelum tiga motosikal di hadapan terjatuh selepas dipercayai bergesel dan berlanggar sesama sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN