Saya sebenarnya belum pernah mendapat spesies ikan ini kerana ia dikatakan mula muncul dengan mendadak di beberapa kawasan lombong sekitar Perak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perasaan teruja pasti terbit akibat ingin tahu secara dekat rupa ikan ini dan kekuatannya apabila dipancing. Sahabat saya, Aie pernah memancing ikan ini di satu lombong di Banir dalam daerah Tapah, Perak pada tahun lepas. Saya yang tiada kelapangan waktu terpaksa memendam hasrat sehinggalah terlunas baru-baru ini. Kebetulan sekarang musim panas melanda, sekali gus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

