fbpx
Nahas melibatkan 14 buah motosikal dipercayai berkonvoi di KM 262, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Seremban, awal pagi tadi.

Tiga maut tragedi konvoi di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan 14 buah motosikal dipercayai berkonvoi di Kilometer (KM) 262, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 3 pagi tadi, kesemua mereka dalam perjalanan dari sebuah kedai makan terkenal di Seremban menghala ke arah utara.

Konvoi tersebut melibatkan 14 buah motosikal jenis Y16, Y15, RS, NVX, LC dan RGV. Nahas dipercayai berlaku sebelum susur keluar Seremban/Labu.

Ketika melalui lokasi kejadian, motosikal-motosikal tersebut dipercayai bergesel sesama sendiri menyebabkan beberapa penunggang hilang kawalan dan terjatuh atas jalan.

Akibatnya, tiga penunggang maut di tempat kejadian, manakala beberapa lagi mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Seorang daripada mangsa yang parah bagaimanapun meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI