fbpx
TFC akan bertemu dua kelab selatan Thailand hari ini dan esok sebelum bertemu KRW serta TRW bagi melengkapkan aksi pramusim.

TFC batal ke Indonesia, pilih Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) membatalkan perancangan awal berkunjung ke Indonesia, sebaliknya mengubah haluan ke Thailand bagi menghadapi aksi pemanas badan sebagai persiapan sepak mula Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan bermula bulan depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, keputusan itu dibuat selepas perancangan asal ke Indonesia terpaksa dibatalkan atas faktor teknikal.

Beliau berkata, skuad Sang Penyu bakal berdepan dua kelab dari selatan Thailand iaitu FC Yala serta Nara United masing-masing bermula hari ini dan esok.

“Pada awalnya, kita memang merancang ke Indonesia, namun hanya satu pasukan tersedia untuk aksi persahabatan. Kita anggap ia tidak berbaloi walaupun kami ditaja sepenuhnya. 

“Jadi kita susun pelan baharu untuk ke Thailand. TFC akan menentang dua pasukan tempatan sebelum kembali ke tanah air untuk menyambung aksi terakhir pramusim,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara TFC dan Klinik Wildan melibatkan tajaan bernilai RM155,000.

TFC juga mengadakan dua lagi aksi persahabatan menentang Kelantan Red Warriors FC (KRW) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu (29 Julai) sebelum menentang Kelantan TRW di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 2 Ogos ini.

Dalam pada itu, Hishamuddin mengesahkan terdapat rundingan berkaitan pemain TFC yang bakal dipinjamkan ke kelab lain namun tiada pengesahan rasmi setakat ini.

“Desas-desus mengenai pemain dipinjam keluar memang ada tetapi belum dimuktamadkan. Masih dalam proses perbincangan dan belum ada kata putus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI